Saturday, July 25, 2009

kreativiti dan pendidikan





kemampuan akal manusia untuk membentuk konsep dan kemampuannya untuk berfantasi adalah penting bagi makhluk manusia.Inovasi dan evolusi pada dasarnya adalah penemuan baru.Penemuan baru biasanya berupa suatu rangkaian panjang bermula dengan penemuan kecil atau secara bertimbun menjadi banyak,yang diciptakan oleh sederet pencipta.Proses kreatif adalah proses menghasilkan karya kreatif.Proses bermula dengan:


  1. mengenal masalah merangsang pemikiran seorang pemikir dan berakhir dengan menghasilkan karya kreatif.

menurut Mac Worth,bahawa aktiviti intelektual seperti "penemuan masalah adalah perkara yang paling dekat kepada keaslian dalam pemikiran kreatif".Orang kreatif melihat masalah yang tidak dilihat oleh orang lain.


Donald W.Mac Kinnon,mengatakan individu kreatif boleh menyatkan tentang dirinya.Mempunyai aras intelektualyang tinggi dan berfikiran terbuka bagi mendapatkan pengalaman dan kepekaan estetik.Kreativiti adalah berdikari dalam aspek berfikir dan bertindak.




PENGENALAN KREATIVITI



setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif.Ia berkait rapat dengan idea,perasaan pemikiran ,pengalaman dan keinginan seseorang.Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihatnya.Ungkapan "tiada Ilham" seharusnya bukan menjadi pegangan seseorang yang kreatif.Ia harus mencari dan meningkatkan kesedaran,mengenalpasti sesuatu,meninterpretasi untuk membentuk dan menukar imej kepada imej tampak yang baru.Kreativiti memerlukan pemikiran yang seimbang iaitu melalui penggunaan otak kiri(perkataan) dan otak kanan(imej) pada masa serentak.



kesimpulannya,kreativiti dalam pendidikan seni mempunyai hubungan dengan pemikiran pengalaman,idea,perasaan,dan keinginan seseorang dalam penerokaannya dengan bahan, media, teknik dalam persembahan melalui penerokaan dan memamnipulasikan idea dalam penghasilan sesuatu yang baru.

Friday, July 24, 2009

Teori Howard Gardner

teori ini dieprkenalkan oleh Howard Gardner.Menurut beliau kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi melalui aspek kecerdasan yang boleh dikesan dalam diri.Ia dapat melahirkan kreativiti melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan pembelajaran bagi membantu membina kemahiran seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya.Gardner menyenaraikan lapan kecerdasan itu:

  1. kecerdasan Matematik/Logika-pembelajaran dalam bentuk pengiraaan dan penaakulan
  2. kecerdasan visual/spatial-pembeljaran banyak berpandukan penglihtan iaitu kebolehan menterjemah objek dan menghasilakan bentuk imaginasi memlalui minda(sense of sight)
  3. kecerdasan Anggota/kinestatik- pembelajaran yang banyak berkaitan dengan gerak badan termasuk motor otak yang mengawal pergerakan anggota badan
  4. Kecerdasan Muzik/ritma-pembelajaran mengetahui dan memahami melalui kepekaan pada bunyi/muzik yang pelbagai dalam persekitaran mereka
  5. keverdasan Interpersonal- pembelajaran beroperasimelalui perhubungan dengan individu lain dan boleh berkomunikasi seterusnya berupaya membentuk kumpulan yang kecil
  6. Kecerdasan Intrapersonal- mengetahui dan memahami diri sendiri serta mengetahui kebolehan diri sendiri yang melibatkan metakognitif dan spiritual realiti
  7. Kecerdasan verbal/linguistik- mengetahui dan memahami dalam bentuk tulisan dan pertuturan,dapat menjelaskan sesuatu dengan lancar
  8. Kecerdasan Natural- berkaitan perasaan sensitif dan cinta akan alam.Individu itu dapat mengenal dan mengklasifikasikan unsur yang terdapat dalam alam.

kesimpulannya,kecerdasan boleh dirangsang,dididik dan ditingkatkan melalui aktiviti yang dapat menjana minda dalam pendidikan seni.

Teori Gestalt

Pengasas aliran ini ialah Max Wertheimer(1880-1943).Perkataan 'Gestalt' berasal dari German yang bermaksud organisasi,bentuk,keseluruhan dan kesempurnaan.Aliran gestalt sinonim dengan persepsi.Persepsi ialah pengertian kita tentang situasi sekarang dalam erti kata lain pengalaman kita telah lalui.Ia bermaksud penafsiran rangsangan yang telah ada dalam otak kita.Dalam menilai karya seni kita cenderung melihat entiti atau objek secara keseluruhan.Ia adalah penekanan yang diberikan dalam hukum persepsi Gestalt.Dalam alam kejiwaan tidak terdapatunsur melainkan Gestalt.Sesuatu itu akan mempunyai erti jika bersatu dalam kesatuan.Setiap bentuk dalam kesatuan itu disebut Gestalt.

Aliran gestalt sebagai tindakbalas terhadap aliran strukturalisme yang wujud di Jerman.kajian ahli gestalt tertumpu kepada kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada persepsi yang diterima daripada derai penglihatan.sebagai contoh:apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang itu,kita terus akan mempersepsikan ianya(bunyi tapak kaki)dengan orang yang kita kenali.oleh itu, manusia akan sentiasa membuat persepsi daripada pengalaman dimana persepsi ini adalah yang diambil secara keseluruhan dan bukan sebahagian2.

Apresiasi Seni

Menurut Lois Fichner-Rathus(1994),kefahaman terhadap sesuatu karya seni boleh menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran kreativiti manusia.Artis dan seniman mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat.Antaranya melahirkan masyarakat yang kreatif,inovatif dan mampu mencipta sesuatu untuk kegunaaan generasi akan datang.Apresiasi merupakan aspek penting sebagai salah satu aktiviti melihat dan menghargai serta menilai sesebuah hasil karya itu.Menurut pamdangan ahli falsafah dan sejarawan Hauser:



"A work of art is a challenge;we do not explain it,but we adjust ourselves to it"


Kritikan seni terutamanya merupakan bidang pengkajian ilmiah terhadap sesebuah karya seni.Ternayata bahawa kritikan seni bukanlah didasari sebagai sebuah percubaan bagi menjatuhkan martabat karya ciptaan seseorang seniman itu.Tujuannya akan memberi manfaat kepada pengkarya untuk menghasilkan karya yang lebih mantap di masa akan datang.Ia lebih kepada memberi penghargaan kepada karya seni.Menghayati dan membuat apresiasi terhadap sesuatu karya visual memerlukan disiplin yang tinggi.Pada pandangan saya,kritikan seni dan apresiasi seni banyak membantu dalam perkembangan dan pembangunan seni visual tanah air.

Teori Psikoanalisis-Sigmund Freud


Aliran Psikoanalisis diasaskan oleh sigmund freud.Beliau merupakan doktor saraf yang dilahirkan di Vienna,Austria tahun 1856.Aliran ini memfokuskan pada jiwa manusia.kajian mental berlaku secara terselindung.kita tidak dapat melihatnya secara nyata.Sebagai contoh kajian oleh sigmund freud yang mengutarakan teori Psikoanalisis.Beliau menyatakan di dalam minda manusia terbahagi kepada 3 bahagian:


  1. minda sedar

  2. minda separa sedar

  3. minda bawah sedar

alam yang dinyatakan diatas,tidak dapat dilihat secara mata kasar tetapi kajian ini boleh diperkembangkan dan diterokai.Disini kita akan lihat pecahannya:

  • Alam sedar: dimana semua manausia sedari apa tindakan yang sedang dilakukan.mengikut pendekatan psikoanalisis alam sedar yang ada dalam diri manusia ini terlalu kecil.
  • Alam separa sedar : dimana berlakunya transisi antara alam sedar dan alam bawah sedar.cthnya:kalau kita sedang makan nasi,kita sedar perbuatan itu tetapi kita tidak berapa pasti berapa butirkah nasi yang kita makan.
  • Alam bawah sedar : dimana kebanyakan manusia mengalaminya dan jika dilhat alam ini merupakan yang paling banyak berlaku.Alam bawah sedar merupakan pengalaman yang dialami oleh manusia itu samada dari sudut persepsinya,sensainya dan segala bentuk yang tidak disedarinya. Oleh itu,cara berfikir,perasaan, pengamatan dan intuisi kita semuanya dipengaruhi oleh prose pemikiran ini.

konsep seperti id,ego dan superego diketengahkan untuk melihat personalaiti individu.Secara amnya,teori psikoanalisis merupakan pendekatan yang relevan dalam psikologi.Pada tahun 1935,Freud mengklasifikasikan fungsi otak manusia.ini dikenali sebagai teori 'iceberg' Freud:

  • Id- meruapakan dorongan biologikal.bertindak berbuat apa sahajayang mereka kehendaki.ia lebih kepada memenuhi kehendak naluri manusia.
  • Superego- Superego terbahagi kepada 2 bhgian hati nurani dan ego ideal.ia merupakan nilai moral yang menjadi pegangan setiap manusia.
  • Ego- merupakan pertimbangan antara id adan superego.Struktur personaliti yang mencari jalan dimana kehendak id dipenuhi.cth:seorang bayi kecil,lapar ia perlukan makanan,tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan.cara terbaiak adalah menangis untuk dapatkan perhatian.

pendek kata, Psikoanalisis boleh dikategorikan atau disamaertikan sebagai kaedah bagi merawat seorang individu yang mengalami gangguan emosi.Freud percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Keperluan guru memahami teori psikoanalisis ini penting kerana matlamat psikoanalisis adalah mengatasi ketengangan perasaan.Dengan mengaplikasikan teori ini,guru dapat kurangkan stress yang dialami oleh muridnya.Tetapi Freud akui,bahawa teori ini bukanlah jalan terbaik menangani masalah individu.Ia terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri merubahnya.Teori ini hanyalah sebagai garispanduan menacri punca maslah penyesuaian manusia.

Wednesday, July 15, 2009

DESIGN IN CREATIVITY

THIS IS MY PERSONAL THOUGHT ON DESIGN:

I THINK DESIGN IS A LIFETIME EXPERIENCE
IT'S AN EVERYDAY LABOUR
IT'S LIKE BRUSHING YOUR TEETH EVERY MORNING BUT..HARDER

Diploma Final Projek







Ini merupakan Diploma final projek bagi jabatan seramik sewaktu saya menuntut di UiTM Sri Iskandar,Perak.Subjek kajian merupakan kasut boots.Produk yang dihasilkan adalah sculptural Teapot.Ia merupakan 'non-functional' item. Teknik pembakaran adalah 'gas kiln'.

mengkagumkan...Perkembangan kreativiti yang mendalam..







Kagum apabila melihat lukisan seni visual yang dihasilkan ini.seseorang itu memerlukan keupayaan mendapatkan pengetahuan,kemahiran dan pemikiran tentang sesuatu bidang.Kreativiti dan inovasi wujud jika mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap segala aspek dan situasi.kesedaran yang dimaksudkan adalah nilai estetik,keindahan dan keharmonian objek di alam persekitaran.Maka,terhasilnya seni di atas ini.

Lukisan "Unborn"



Painting ini dilakukan selepas tamat belajar sementara menunggu keputusan kerja.media digunakan adalah akrilik on canvas.tajuk karya"unborn".Karya ini mendapat ilham dari lukisan aboriginal art yang ada di australia.kebanyakkan warna terdiri dari base color.ini adalah percubaan "try and error".Dihasilkan pada 10 jun 2009.Mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkannya.Ia lebih kepada menyatakan hasrat diri,perasaan dan sikap secara bebas dan terbuka dalam mendedahkan lebih banyak tingkahlaku yang membina .

Tuesday, July 14, 2009

Tadika Bahtera Art Room Projek













gambar ini diambil semasa saya melakukan projek menghias bilik belajar untuk kanak-kanak berumur 3 tahun.Ia mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk menyiapkan keseluruhan bilik ini.Warna mempengaruhi minda kanak-kanak memandangkan pada peringkat ini mereka begitu taksub mengenali persekitarannya.Gambar kedua direka menggunakan penutup plastik dan di "spray" menggunakan warna jingga dan putih sebagai hiasan di tingkap bagi menggantikan langsir.Gambar pertama merupakan bilik asal sebelum diolah dengan menggunakn kreativiti tersendiri.Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan melibatkan kemahiran merancang dan mengurus.Pengalaman deria seharusnya melebihi apa yang dilihat secara fizikal, ia harus dapat merasai dan menjiwai apa yang dilihat dan dialami.








Guru seni Tadika Bahtera Ilmu Shah Alam




Memandangkan saya bergelar seorang guru tadika.Saya diminta untuk mengajar subjek seni kepada kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 5-6 tahun.Setiap kali ingin membuat sesuatu projek seni saya bersama guru lain akan duduk berbincang mengenai projek yang akan diberikan kepada kanak-kanak mengikut tema setiap bulan.Contohnya:keluarga,rakan sebaya,rumah dan sebagainya.kebanyakkannya menggunakan cat tempera atau krayon.
pandangan saya mengenai kreativiti dan inovasi dalam pendidikan seni:

kreativiti dalam pendidikan berkait rapat dengan idea,perasaan,pemikiran pengalaman dan keinginan seseorang dalam penerokaaannya melalui:
  1. bahan
  2. media
  3. teknik

kreativiti sesuatu yang dapat dipupuk dan dibentuk sejak kecil.Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya". kreativiti menjadikan seseorang berfikiran kritis,mendorong pemikiran kognitif,afektif dan psikomotor.Pemikiran kritis bermaksud pemikiran yang tinggidlam menyelesaikan seutu masalah,mengumpul maklumat dan bijak bertindak di dalam memberikan pendapat dan kritikan.kreativiti dan inovasi adlah pencetus kepada pembangunan ketamadunan manusia sejagat.


Seni tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia.manusia itu sendiri adalah seni.kehidupan dimeriahkan dengan dunia seni.kita juga sedar seni boleh dijadikan satu kegiatan sosialyang bersifat dinamik.Ada empat perkara yang menjadi tunjang terciptanya sesuatu seni itu bermula dengan menghsilkannya,melihatnya dan memahami bahawa seni itu berada dalam budaya.Gambar ini diambil ketika sedang meluahkan ekspresi diatas sekeping kanvas.lokasi di Rantai Art Event,Bungalow Red House(Behind KLCC).

there goes me the creator of ceramic jewelry.this photo was taken after my assesment settled.technique applied on my artwork were mostly done using handbuilt and mix media collaboration.subject of my artwork are: converse shoes and influenced from cleopatra neclace design.


my final degree show ceramic jewelry ornaments.held at gallery in UiTM Shah Alam.

pegangan hidupku..

"Don’t ask what the world needs. Ask what makes you come alive, and go do it. Because what the world needs is people who have come alive.”