Friday, July 24, 2009

Teori Psikoanalisis-Sigmund Freud


Aliran Psikoanalisis diasaskan oleh sigmund freud.Beliau merupakan doktor saraf yang dilahirkan di Vienna,Austria tahun 1856.Aliran ini memfokuskan pada jiwa manusia.kajian mental berlaku secara terselindung.kita tidak dapat melihatnya secara nyata.Sebagai contoh kajian oleh sigmund freud yang mengutarakan teori Psikoanalisis.Beliau menyatakan di dalam minda manusia terbahagi kepada 3 bahagian:


  1. minda sedar

  2. minda separa sedar

  3. minda bawah sedar

alam yang dinyatakan diatas,tidak dapat dilihat secara mata kasar tetapi kajian ini boleh diperkembangkan dan diterokai.Disini kita akan lihat pecahannya:

  • Alam sedar: dimana semua manausia sedari apa tindakan yang sedang dilakukan.mengikut pendekatan psikoanalisis alam sedar yang ada dalam diri manusia ini terlalu kecil.
  • Alam separa sedar : dimana berlakunya transisi antara alam sedar dan alam bawah sedar.cthnya:kalau kita sedang makan nasi,kita sedar perbuatan itu tetapi kita tidak berapa pasti berapa butirkah nasi yang kita makan.
  • Alam bawah sedar : dimana kebanyakan manusia mengalaminya dan jika dilhat alam ini merupakan yang paling banyak berlaku.Alam bawah sedar merupakan pengalaman yang dialami oleh manusia itu samada dari sudut persepsinya,sensainya dan segala bentuk yang tidak disedarinya. Oleh itu,cara berfikir,perasaan, pengamatan dan intuisi kita semuanya dipengaruhi oleh prose pemikiran ini.

konsep seperti id,ego dan superego diketengahkan untuk melihat personalaiti individu.Secara amnya,teori psikoanalisis merupakan pendekatan yang relevan dalam psikologi.Pada tahun 1935,Freud mengklasifikasikan fungsi otak manusia.ini dikenali sebagai teori 'iceberg' Freud:

  • Id- meruapakan dorongan biologikal.bertindak berbuat apa sahajayang mereka kehendaki.ia lebih kepada memenuhi kehendak naluri manusia.
  • Superego- Superego terbahagi kepada 2 bhgian hati nurani dan ego ideal.ia merupakan nilai moral yang menjadi pegangan setiap manusia.
  • Ego- merupakan pertimbangan antara id adan superego.Struktur personaliti yang mencari jalan dimana kehendak id dipenuhi.cth:seorang bayi kecil,lapar ia perlukan makanan,tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan makanan.cara terbaiak adalah menangis untuk dapatkan perhatian.

pendek kata, Psikoanalisis boleh dikategorikan atau disamaertikan sebagai kaedah bagi merawat seorang individu yang mengalami gangguan emosi.Freud percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Keperluan guru memahami teori psikoanalisis ini penting kerana matlamat psikoanalisis adalah mengatasi ketengangan perasaan.Dengan mengaplikasikan teori ini,guru dapat kurangkan stress yang dialami oleh muridnya.Tetapi Freud akui,bahawa teori ini bukanlah jalan terbaik menangani masalah individu.Ia terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri merubahnya.Teori ini hanyalah sebagai garispanduan menacri punca maslah penyesuaian manusia.

No comments:

Post a Comment