Friday, July 24, 2009

Teori Howard Gardner

teori ini dieprkenalkan oleh Howard Gardner.Menurut beliau kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi melalui aspek kecerdasan yang boleh dikesan dalam diri.Ia dapat melahirkan kreativiti melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan pembelajaran bagi membantu membina kemahiran seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya.Gardner menyenaraikan lapan kecerdasan itu:

  1. kecerdasan Matematik/Logika-pembelajaran dalam bentuk pengiraaan dan penaakulan
  2. kecerdasan visual/spatial-pembeljaran banyak berpandukan penglihtan iaitu kebolehan menterjemah objek dan menghasilakan bentuk imaginasi memlalui minda(sense of sight)
  3. kecerdasan Anggota/kinestatik- pembelajaran yang banyak berkaitan dengan gerak badan termasuk motor otak yang mengawal pergerakan anggota badan
  4. Kecerdasan Muzik/ritma-pembelajaran mengetahui dan memahami melalui kepekaan pada bunyi/muzik yang pelbagai dalam persekitaran mereka
  5. keverdasan Interpersonal- pembelajaran beroperasimelalui perhubungan dengan individu lain dan boleh berkomunikasi seterusnya berupaya membentuk kumpulan yang kecil
  6. Kecerdasan Intrapersonal- mengetahui dan memahami diri sendiri serta mengetahui kebolehan diri sendiri yang melibatkan metakognitif dan spiritual realiti
  7. Kecerdasan verbal/linguistik- mengetahui dan memahami dalam bentuk tulisan dan pertuturan,dapat menjelaskan sesuatu dengan lancar
  8. Kecerdasan Natural- berkaitan perasaan sensitif dan cinta akan alam.Individu itu dapat mengenal dan mengklasifikasikan unsur yang terdapat dalam alam.

kesimpulannya,kecerdasan boleh dirangsang,dididik dan ditingkatkan melalui aktiviti yang dapat menjana minda dalam pendidikan seni.

No comments:

Post a Comment