Friday, August 21, 2009

share photo..



salah satu aktiviti 'brainstorming creativity' diadakan di sungai sedim tahun lepas di bawah jabatan seramik tahun 2008.the ability to bring something of the new existence..merekacipta menggunakan material tisu,suratkhabar dan manila kad,lidi dan selotape.Disini la teruji minda berfikir secara kritis bagi menyelesaiakan sesuatu perkara menggunakan bahan ini.

Wednesday, August 19, 2009

ibu-bapa kreatif

tidak ada sebab yang mengatakan saya dilahirkan sebagai manusia yang tidak mempunyai bakat...maka persoalan yang timbul apakah gunanya akal yang dikurniakan Allah s.w.t..adakah ia sekadar suka-suka..harus diingat ciptaan akal itu juga satu inovasi...minda harus di asah sejak kecil lagi baru minat kreativiti itu muncul.Ibu-bapa merupakan role model anak2 dan pencetus kepada perkembangan minda anak-anak.Seringkali kita dengar ibu-bapa yang merungut bahawa seni tidak menjamin masa depan..banyak lagi kerja lain yang lagi berfaedah..itu sesuatu yang sukar diterima akal dan fikiran..anak2 tidak diberi peluang bagi mendedahkan minat mereka dan kebolehan mereka.Motivasi terhadap anak-anak harus dipupuk..keluarga memainkan peranan dan impak yang begitu besar,sikap yang positif dan persekitaran kondusif dapat menggalakkan perkembangan minda..

Monday, August 17, 2009

imitates is crime...in visual art

imitasi atau peniruan ialah suatu perbuatan yang dialkukan oleh insan yang bergelar manusia.Tujuannya adalah menghasilkan produk yang serupa dengan asalnya.apa yang memburukkan keadaan apabila imitasi yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada batasan atau kefahaman terhadap formalistik seni...maka hanya menggunakan penglihatan mata yang membabi buta dan koordinasi tangan membentuk karya seolah-olah itu adalh hak cipta terpelihara seorang yang konon bergelar seniman dalam dunia seni visual.Peniruan tidak memberi manfaat atau kelebihan pada kita kerana ia tidak membabitkan atau mencetuskan pemikiran kreatif...semuanya terhasil depan mata tanpa ada usaha,atau melibatkan kemahiran daya cipta secara langsung.rekacipta memrlukan nilai tamabah atau keaslian yanglahir dari bentuk akal manusia...tulus lagi suci..harus juga berhati-hati kerana jika tersilap langkah kreativiti dikatakan membunuh dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan masyarakat sejagat...

Monday, August 3, 2009



Proffesor Dr.Howard Gardner pakar dalam bidang psikologi pembangunan.Beliau menjadi penyelidik di Hospital Boston, Amerika Syarikat.Beliau mendalami kreativiti yang berkaitan dengan neurologi sekaligus menjadi proffesor perubatan di jabatan neurologi.Tahun 1984,sumbangan beliau yang paling besar dalam bidang sains pemikiran ialah Teori Kepintaran Berganda(Theory of Multiple Intelligence).Gardner banyak menulis tentang psikologi perkembangan dan kreativiti kanak-kanak serta orang dewasa.Menurut Gardner,kepintaran individu bukan hanya dalam satu bidang sahaja.Kepintaran manusia pelbagai dan mampu disuburkan jika individu itu mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi.