Saturday, July 25, 2009

kreativiti dan pendidikan





kemampuan akal manusia untuk membentuk konsep dan kemampuannya untuk berfantasi adalah penting bagi makhluk manusia.Inovasi dan evolusi pada dasarnya adalah penemuan baru.Penemuan baru biasanya berupa suatu rangkaian panjang bermula dengan penemuan kecil atau secara bertimbun menjadi banyak,yang diciptakan oleh sederet pencipta.Proses kreatif adalah proses menghasilkan karya kreatif.Proses bermula dengan:


  1. mengenal masalah merangsang pemikiran seorang pemikir dan berakhir dengan menghasilkan karya kreatif.

menurut Mac Worth,bahawa aktiviti intelektual seperti "penemuan masalah adalah perkara yang paling dekat kepada keaslian dalam pemikiran kreatif".Orang kreatif melihat masalah yang tidak dilihat oleh orang lain.


Donald W.Mac Kinnon,mengatakan individu kreatif boleh menyatkan tentang dirinya.Mempunyai aras intelektualyang tinggi dan berfikiran terbuka bagi mendapatkan pengalaman dan kepekaan estetik.Kreativiti adalah berdikari dalam aspek berfikir dan bertindak.




PENGENALAN KREATIVITI



setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif.Ia berkait rapat dengan idea,perasaan pemikiran ,pengalaman dan keinginan seseorang.Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihatnya.Ungkapan "tiada Ilham" seharusnya bukan menjadi pegangan seseorang yang kreatif.Ia harus mencari dan meningkatkan kesedaran,mengenalpasti sesuatu,meninterpretasi untuk membentuk dan menukar imej kepada imej tampak yang baru.Kreativiti memerlukan pemikiran yang seimbang iaitu melalui penggunaan otak kiri(perkataan) dan otak kanan(imej) pada masa serentak.



kesimpulannya,kreativiti dalam pendidikan seni mempunyai hubungan dengan pemikiran pengalaman,idea,perasaan,dan keinginan seseorang dalam penerokaannya dengan bahan, media, teknik dalam persembahan melalui penerokaan dan memamnipulasikan idea dalam penghasilan sesuatu yang baru.

No comments:

Post a Comment