Wednesday, September 23, 2009

pameran 'cokelat' by Issarezal Ismail

En Azhar Manan dari fakulti seni lukis dan senireka Uitm Shah Alam dengan bangganya merasmikan pameran 'cokelat'





Prof Tjet jep Rohendi Rohidi(tenaga pengajar Fakulti Seni dan Muzik UPSI)




Khalayak ramai yang hadir semasa pameran 'cokelat' di Pelita Hati
















Artis Issarezal Ismail






















Pameran ini bertempat di Pelita Hati,House of Art Galeri pada 1-15 Ogos 2009 perasmian bermula jam 5.30pm

Dalam kebudayaan anak muda, cokelat sering mempunyai kaitan dengan hasrat cinta dan kasih. Di sini cokelat sering digunakan untuk membawa mesej simbolik misalnya sebagai tanda menaruh minat terhadap seseorang, sebagai hadiah untuk memujuk hati sang kekasih dan sebagainya. Dan apabila di usia tua, cokelat lebih mencerminkan kematangan. Seperti kelapa muda yang hijau bertukar cokelat apabila sudah cukup matang, cokelat lebih identik dengan pengalaman-pengalaman yang menjadi taruhan untuk diwariskan kepada generasi di bawahnya.Dari sisi visual, warna mempunyai kedekatan dengan deria penglihatan manusia. Tidak dapat disangkal lagi bahwa peranan warna amat penting dalam cara-cara manusia membina pengetahuannya terhadap dunia. Kehidupan manusia sehari-hari sering diwakili oleh intensiti warna yang tersendiri. Dari zaman pra sejarah sehingga kini, warna telah membentuk kepelbagaian bentuk karya seni rupa. Ini tidak bermakna bahawa semua ragam warna sentiasa berkembang sama dalam setiap lapisan kebudayaan manusia. Kebudayaan manusia yang di dalamnya terkandung aspirasi, sumber daya, dan keinginan yang tidak selalu sama juga akan lebih memberikan bentuk khas kepada karya seni yang diciptakan manusia. Dalam pameran ini, pelukis akan cuba untuk mempersembahkan 15 karya dari dua (2) siri lukisan yang dihasilkan pada tahun 2009. Setiap siri memiliki idea dan konsep yang berbeza antara satu dengan lainnya. Namun, setelah diamati dan diteliti, hanya satu perkataan yang bisa mewakili secara umum kedua-dua siri tersebut. Di situlah munculnya perkataan cokelat yang secara dominan mewakili warna kesemua karya yang terlibat dalam pameran ini.

*turut hadir memberi sokongan:semua pelajar master upsi semester 1/2009*

Nur Asyikin Bt Abd Razak
Hasrol b Bagol
Hashimah
Syamsul Amri
Kusyerie b Jabar
Norhayati
Khairur Rijar
lee chun fatt
Roslina





















No comments:

Post a Comment