Monday, September 7, 2009

bagaimana kreativiti itu berlaku dan dari mana sumber kreativiti terbentuk?

Sumber meruapakan basic kepada beberapa perkara yang merangkumi kehidupan manusia di mukabumi ini.Sesuatu perkara itu harus mempunyai sebab atau tunjang belakang kepada pembentukan kreativiti manusia.kita tidak akan jadi orang yang beprngetahuan luas sekiranya imu yang dipeolehi di dada tidak mendapat input sepenuhnya.sumber kreativiti melibatkan faktor persekitaran,emosi,perasaan.Maka,kreativiti yang berlaku dalam diri seseorang individu adalah sama sekali tidak terhad bagi membolehkan manusia mempelajari dan memperbaharui lebih mendalam dan dapat menghayati kreativiti.
Dari mana kreativiti berlaku?
  1. Setiap manusia yang dilahirkan dikurniakan akal oleh Allah S.W.T sebagai punca bagi mencari ilmu dan idea serta logika sesuatu perkara sebelum membuat sebarang keputusan.Nabi Muhammad S.A.W pernah menyebut 'tuntutlah ilmu sehingga ke negara China',manusia dikurniakan akal untuk berfikir bagi memanfaatkan ilmu itu pada diri sendiri atau orang lain.Menurut John Dewey,manusia bukan sahaja berkemampuan sekadar berfikir,tetapi mampu berfikir perkara berhubung masa depan.manusia mampu untuk merancang tetapi tuhan yang akan menentukan.
  2. Pengalaman- mengajar seseorang hidup berdikari. Manusia memiliki kemahiran dalam sesuatu bidang dan setiap kemahiran ini tidak lengkap sekiranya tidak disusuli dengan latihan,pemerhatian,latih tubi dan keyakian serta keberanian melakukannya.Pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga,tidak boleh dijual beli dan ia sesuatu yang bernilai tinggi kepada pegangan manusia.Ia menentukan arah tuju individu dan penentu kepada survival hidup individu itu sendiri.
  3. membaca-memberikan idea serta maklumat yang meluas serta pendorong inspirasi individu.Semakin banyak bahan bacaan yang diserap minda semakin luas skop pemikiran seseorang itu.Membaca dapat membentuk tahap kematangan fikiran seseorang.Denagn membaca kita dapat menembusi atau berkongsi pandangan dan idea orang lain sebagai manfaat pada diri sendiri.
  4. Persekitaran-Apa yang ada disekeliling mukabumi adalah hamparan indah yang memberi sumber inspirasi bagi golongan yang ingin mengekspresikan kreativiti yang ada.Persekitaran mempengarauhi mood serta pandangan menyeluruh seseorang pada perspektif dirinya sendiri.ia memberi sumber inspirasi yang menggalakkan kita melihat visi baru dalam konteks seni atau penciptaan dan inovasi produk baru.
  5. Kanak2- mereka seringkali dikaitkan dengan dunia fantasi,naif dan jujur dalam berkarya,serta mempunyai daya imaginasi yang tinggi.Tiada sebarang peraturan atau konsep beanar,salah,dosa,pahala bagi kanak2.Buzan menyatakan:

"Einstein, as we have seen,was like a grown up child.He always filled with wonder at the universe he exploring and always asking simple,obvious questions about the nature of space,time and the universe"

No comments:

Post a Comment